PERATURAN BARU:

 

Kini ahli baru yang ingin menyertai program MYR10.com perlu membuat bayaran RM10 kepada penaja DAN bayaran RM10 kepada admin.

Nombor akaun bank penaja dan nombor akaun admin akan dipaparkan selepas prospek mendaftar. Prospek juga akan terima maklumat ini ke emel mereka.

Penaja tidak perlu buat bayaran kepada admin. Hanya prospek (ahli baru) sahaja perlu buat bayaran RM10 kepada penaja, dan RM10 kepada admin.

 

Peraturan baru ini dibuat dengan mengambilkira justifikasi berikut:

- Pelbagai kos yang perlu ditanggung oleh pihak admin - masa, tenaga, domain, hosting, pengurusan, keselamatan data dll.

- Admin perlu melayani pelbagai kerenah ahli.

- Dalam beberapa kes tertentu, pihak admin perlu menghubungi ahli/prospek melalui panggilan telefon dan sms yang melibatkan kos.

- Terdapat penaja yang sudah tidak aktif dan tidak melayani downline mereka. Jadi admin akan bertanggungjawab mengambil alih peranan penaja.

- Terdapat ahli baru yang masih tidak faham. Ada yang mendaftar dan menunggu sahaja duit masuk ke akaun mereka tanpa membuat sebarang promosi. Sedangkan ini bukan program duduk diam dapat duit.

- Sebelum ini terdapat ahli yang berbahasa kasar dengan kami sedangkan mereka tidak faham perlukan masa untuk penaja membuat pengesahan bayaran dan menghantar notifikasi kepada admin untuk mengaktifkan keahlian. Admin juga memerlukan sedikit masa untuk melakukan pengaktifan.

- Bagi mengelakkan sebarang penipuan mencipta banyak akaun, tapi downline tidak buat bayaran sebenarnya kepada penaja. Jadi dengan adanya keperluan membuat bayaran juga kepada admin, dapatlah mengurangkan kes-kes penipuan seperti ini.

 

Ahli yang lama tidak perlu membuat bayaran RM10 kepada admin. Teruskan promosi anda secara berhemah, namun mengikut perkara berikut:

- Jika hendak membuat penerangan kepada ahli baru, pastikan mereka faham mereka perlu bayar RM10 kepada penaja, dan RM10 kepada admin.

- Jawablah dan follow up lah downline dengan cara yang berhikmah dan bertanggungjawab. 

 

Admin berhak sepenuhnya untuk meminda sebarang peraturan atau perjalan sistem ini.

 

Semoga semua ahli memahami dalam memastikan sistem MYR10.com ini terus bertahan dan dapat menjana keuntungan kepada semua pihak.

 

Terima kasih.

 

Admin,

www.myr10.com